Sunday, March 13, 2011

pesan lukman

Nabi Muhamad s.a.w pernah berkata : Jangan anggap rezeki itu jauh.Seseorang itu tidak akan mati selagi rezeki yang telah ditentukan untuk nya tidak datang menemuinya.
Dinyatakan juga rezeki datang mencarinya sebagaimana maut juga datang mencarinya.Maka sebagaimana manusia tidak dapat lari daripada maut begitu juga rezeki tidak akan kemana mengikut apa yang telah di takdirkan untuknya.Sebagaimana yang telah dituliskan takdirnya.
Dalam hadis yang lain dinyatakan sekiranya sekalian jin dan manusia itu dikumpulkan untuk menghalang rezeki seseorang maka tiada ia berupaya menghalangnya.Mereka tidak akan Berjaya.Ia tetap sampai kerana ia telah tertulis.

No comments:

Post a Comment