Sunday, January 30, 2011

ikut hati anda

MENGAPA AKU MEMERLUKAN BENCANA?

Kebanyakan kita belajar hanya setelah kepala kena ketuk!Mengapa?kerana kita lebih senang tidak berubah.
Jadi kita terus sahaja buat apa yang kita buat sampai terlanggar tembok.Contohnya, kesihatan kita .Bilakah kita mengubah pamakanan dan mula bersenam?Apabila badan kita sudah teruk- apabila doktor berkata "kalau tak ubah cara hidup, maknanya mencari maut"Barulah kita tiba-tiba mahu berubah.

Dalam hubungan bilakah kita menyatakan kasih sayang, bila rumahtangga kita hampir runtuh, apabila keluarga kita hampir porak poranda!

Dalam pelajaran - bilakah kita mula  tekun belajar?Apabila kita nyaris gagal.Dalam perniagaan bilakah kita mencuba fikiran baru dan membuat keputusan yang sukar?Apabila bil bertimbun tidak berbayar.Bilakah kita akhirnya belajar melayan pelanggan? Setelah semua pelanggan kita angkat kaki!!

Bilakah selalunya kita berdoa?setelah hidup kita kucar kacir.
"tuhanku,aku tahu aku dan lama tak berdoa pada mu..sejak kali terakhir aku di timpa bala...."

Kita manusia terikat kepada tabiat.Kita terus sahaja buat apa yang kita buat sampai kita terpaksa berubah.Sampailah suatu bencana mengubah kita.Terpaksa.Kita baru sedar biasanya 'bencana' adalah suatu kejadian terbaik dalam hidup kita.

Edi dibuang kerja, dia gagal mendapat kerja lain, lantas membuka perniagaan kecil.Bagi kali pertama dalam hidupnya dia menjadi 'bos' sendiri, dapat buat apa yang betul-betul dia nak buat.Masalah tetap ada , tetapi hidupnya kini ada erti dan keghairahan baru---hasil 'bencana' yang menimpa.

JADI ADAKAH HIDUP INI SATU SATU SIRI BENCANA PEDIH

Tidak semestinya.Jagat sentiasa mengingatkan kita dengan isyarat halus.Apabila kita buat tak tahu, di ingatkan dengan belantan.
Proses bertumbuh terasa paling pedih apabila kita melawannya.

ikut hati anda

KITA DI SINI UNTUK BELAJAR DAN DUNIA INI GURU KITA

Apabila kita gagal memahami sesuatu pelajaran, kita kena mengambilnya lagi...
berkali kali!!
Sebaik-baik kita dapat memahaminya , kita beralih ke pelajaran berikutnya.

(DAN KITA TAK PERNAH KEHABISAN PELAJARAN)

lima perkara

...........seorang sufi terkenal syaqiq Balkhi berkata ....
        aku telah mencati lima perkara dan telah mendapatnya di lima tempat

Keberkatan rezeki didalam solat dhuha
Cahaya dalam kubur didalam solat tahajjud
Jawapan soalan mungkar nangkir di dalam bacaan al-quran
Melintasi jambatan sirat di dalam puasa dan sedekah
Naungan arasy di dalam khalwat(bersunyi)

jom buru kancil ..hutan

ramai yang tak kenal rupa kancil hutan..kancil bandar tau la kan..memburu kancil atau pelanduk dihutan dibenarkan oleh pihak berkuasa tapi yang peliknya memeliharanya tak boleh pulak...takperlah...mari kita kongsikan petua ini...
                 taukah anda cara nak buang bulu kancil yang telah ditembak....kan bulu binatang ni macam bulu kucing kat rumah kita...jadi mudah jer...selalunya selepas ditembak hanya isi  perutnya sahaja yang akan di buang...bila dah sampai rumah barulah proses buang bulunya dibuat...sebenarnya anda tak perlu layar/bakar bulu sang kancil/pelanduk tu...dah lah susak tanggal malah menimbulkan bau hangit....jadi cara mudah ialah dengan ambilkan sahaja habuk/abu dapur/abu kayu yang telah dibakar dan disapukan pada seluruh badan kancil/pelanduk tersebut....pastu cabut jer dengan jari..mudah tanggal dan licin...pastu barulah di bakar agar timbul bau/aroma wangi sang kancil....tu jer senang kan....masak pedas kan sedap...atau gulai asam rom kalu kat pahang....nak try datang lah raub....sure best...lenkali kita belajar camane nak tau kancil/planduk yang kita tembak malam tu seekor atau ada kawannya lagi yang masih berkeliaran di sekitarnya....lihat tanda pada kepala sikancil yang telah kita tembak tadi

bisul

ramai yang tak senang duduk bila tumbuh bisul.Kalu kena kat buntut lagi lah pulak...nak kata aper..anda tau tak petua nak matikan bisul sebenar mudahnye....sebelum bisul tumbuh besar dan ranum...ada dua cara  :
 pertama...ambilkan pucuk keledek dan tenyeh pada tapak tangan...ciar keluar getahnya...pastu sapukan pada tempat tumbuh bisul tersebut....inysAllah bisul tu tak kan membesar...atau kalau dia dah hampir matang ia akan pecah dengan cepat...dan mengecut juga dengan segera...ulang sapu dengan pucuk yang baru..hingga sembuh

Saturday, January 29, 2011

petua

sempat balik kg raya...jalan rumah atuk.Pesan atuk dapat aku kutip..
..............nanti masa bangun pagi2 jangan lupa baca surah al-insyirah tiupkan pada ubun-ubun baby...
insyaAllah budak tu akan jadi tenang...dengar cakap dan terang hati...gitulah kalau kita rajin jalan rumah orang tua2....kalau tak di ambik nanti hilang begitu saja....sebulan kemudian atuk di panggil Illahi...al fatihah buat Atuk...

Friday, January 28, 2011

Dari catatan papa

Ni sy ambik kat folder papa..papa rajin membaca..kat rumah ada banyak buku..bila g mane2, jumpe kedai buku..alamatnye lenguh la kaki berdiri tunggu papa pilih buku..tapi hasilnya..sy ade  kamus bergerak..tanye ape je..bukan pasti tapi hampir pasti soalan akan terjawab..sape lagi kalau bukan papa sy ...meh kite bace sket ape papa tulis..ni baru sket..

Manusia paling agung  didunia pernah meninggalkan pesan.Untuk  keberkatan hidup dan bertambah harta serta selamat dunia dan akhirat bukanlah susah.Perhatikan hadis tersebut.
Nabi Muhammad s.a.w  menyatakan sesiapa menunikan zakat akan bertambah hartanya dan selamat daripada bala bencana ke atas harta tersebut.
Siapa yang mahu murah rezeki dan luas maka hendaklah dia menunaikan zakat dan menjalinkan silaturahim.
….Tiada hartabenda  yang akan binasa kecuali di sebabkan tidak ditunaikan zakatnya.Jagalah harta sendiri melalui bayaran zakatnya dan ubatkanlah penyakitmu melalui sedekah dah jauhkanlah musibah yang akan datang melalui doa, sebab doa menghapuskan musibah yang sudah turun dan menghalang musibah yang akan turun.
Mari kita cuba turut apa yang di sampaikan oleh bagind SAWa,memang pada mula agak susah namun satu hari nanti apabila kita paksa diri akan menjadi satu kebiasaan.
Disamping sedekah dan zakat ada pelbagai lagi kaedah untuk menambah berkat dan rezeki, iaitu doa.Banyak doa yang boleh di amalkan….insyaallah amat mustajab  dan tidak disangka-sangka.Mungkin ada yang dimakbul dan ditunjukkan oleh Allah dalam masa yang singkat mungkin ada yang mengambil masa yang agak lama…selamat mencuba.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya sy ade blog sendiri..yeyeye..tgk pic sy tu..smpai ttido sbb penat sgt create blog ni..blog ni masih bercelaru sbb sy ni new comer..xreti betul nak mendesign bagai ni..tgh blajo..hopefully, kengkawan sudi tolong menolong kaum yang memerlukan ni..hihi.