Manusia paling agung didunia pernah meninggalkan pesan.Untuk keberkatan hidup dan bertambah harta serta selamat dunia dan akhirat bukanlah susah.Perhatikan hadis tersebut.
Nabi Muhammad s.a.w menyatakan sesiapa menunikan zakat akan bertambah hartanya dan selamat daripada bala bencana ke atas harta tersebut.
Siapa yang mahu murah rezeki dan luas maka hendaklah dia menunaikan zakat dan menjalinkan silaturahim.
….Tiada hartabenda yang akan binasa kecuali di sebabkan tidak ditunaikan zakatnya.Jagalah harta sendiri melalui bayaran zakatnya dan ubatkanlah penyakitmu melalui sedekah dah jauhkanlah musibah yang akan datang melalui doa, sebab doa menghapuskan musibah yang sudah turun dan menghalang musibah yang akan turun.
Mari kita cuba turut apa yang di sampaikan oleh bagind SAWa,memang pada mula agak susah namun satu hari nanti apabila kita paksa diri akan menjadi satu kebiasaan.
Disamping sedekah dan zakat ada pelbagai lagi kaedah untuk menambah berkat dan rezeki, iaitu doa.Banyak doa yang boleh di amalkan….insyaallah amat mustajab dan tidak disangka-sangka.Mungkin ada yang dimakbul dan ditunjukkan oleh Allah dalam masa yang singkat mungkin ada yang mengambil masa yang agak lama…selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment