Sunday, January 30, 2011

ikut hati anda

MENGAPA AKU MEMERLUKAN BENCANA?

Kebanyakan kita belajar hanya setelah kepala kena ketuk!Mengapa?kerana kita lebih senang tidak berubah.
Jadi kita terus sahaja buat apa yang kita buat sampai terlanggar tembok.Contohnya, kesihatan kita .Bilakah kita mengubah pamakanan dan mula bersenam?Apabila badan kita sudah teruk- apabila doktor berkata "kalau tak ubah cara hidup, maknanya mencari maut"Barulah kita tiba-tiba mahu berubah.

Dalam hubungan bilakah kita menyatakan kasih sayang, bila rumahtangga kita hampir runtuh, apabila keluarga kita hampir porak poranda!

Dalam pelajaran - bilakah kita mula  tekun belajar?Apabila kita nyaris gagal.Dalam perniagaan bilakah kita mencuba fikiran baru dan membuat keputusan yang sukar?Apabila bil bertimbun tidak berbayar.Bilakah kita akhirnya belajar melayan pelanggan? Setelah semua pelanggan kita angkat kaki!!

Bilakah selalunya kita berdoa?setelah hidup kita kucar kacir.
"tuhanku,aku tahu aku dan lama tak berdoa pada mu..sejak kali terakhir aku di timpa bala...."

Kita manusia terikat kepada tabiat.Kita terus sahaja buat apa yang kita buat sampai kita terpaksa berubah.Sampailah suatu bencana mengubah kita.Terpaksa.Kita baru sedar biasanya 'bencana' adalah suatu kejadian terbaik dalam hidup kita.

Edi dibuang kerja, dia gagal mendapat kerja lain, lantas membuka perniagaan kecil.Bagi kali pertama dalam hidupnya dia menjadi 'bos' sendiri, dapat buat apa yang betul-betul dia nak buat.Masalah tetap ada , tetapi hidupnya kini ada erti dan keghairahan baru---hasil 'bencana' yang menimpa.

JADI ADAKAH HIDUP INI SATU SATU SIRI BENCANA PEDIH

Tidak semestinya.Jagat sentiasa mengingatkan kita dengan isyarat halus.Apabila kita buat tak tahu, di ingatkan dengan belantan.
Proses bertumbuh terasa paling pedih apabila kita melawannya.

No comments:

Post a Comment